Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizudeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat pada hari ini, 21 Februari 2024.
Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu isu-isu terkini berkaitan aset-aset ketenteraan serta cara-cara menjamin keselamatan dan keamanan khususnya negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-265 (HARI PERTAMA)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 (Hari Pertama) yang berlangsung di Istana Negara pada 21 Februari 2024.
Mesyuarat berkenaan yang bersidang selama dua hari turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE PRA-MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-265
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang berlangsung di Istana Negara pada 20 Februari 2024.
Pra-Mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang akan bersidang selama dua hari mulai esok. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR SELAMAT TIBA KE KUALA LUMPUR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selamat tiba ke Kuala Lumpur pada hari ini, 19 Februari 2024. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE KUALA LUMPUR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Kuala Lumpur pada hari ini, 19 Februari 2024. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE PUSAT LATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM BAGI MEMANTAU SESI LATIHAN KELAB
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Pusat Latihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sebaik sahaja pulang dari Kluang bagi memantau sesi latihan kelab pada hari ini. Allah Peliharakan Sultan.