Skip to main content

Pengarang: Admin

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SENTIASA DALAM INGATAN BANGSA JOHOR

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada usia 77 tahun, pada malam 22 Januari 2010, selepas hampir tiga dekad memerintah negeri Johor. Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, turut dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-8 pada tahun 1984. Almarhum Sultan Iskandar, merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, merupakan seorang sultan yang tegas dan sentiasa menitikberatkan disiplin dalam pemerintahan Baginda. Baginda juga seorang sultan berjiwa rakyat yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang...

Continue reading

SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HJ MOH LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 19 Januari 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PEGAWAI KEWANGAN NEGERI JOHOR DAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (PEMBANGUNAN) BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Ashari Haji Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Salehuddin Haji Hassan di Ibu Pejabat Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada hari ini, 18 Januari 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MESYUARAT PENGELOLAAN LIGA MALAYSIA & TAKLIMAT PENGURUSAN STADIUM DAN VENUE LIGA MALAYSIA MUSIM 2024/25

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Dato’ Ab. Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League (MFL) di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri Johor pada hari ini, 9 Januari 2024. Dalam mesyuarat tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap pasukan yang menerima geran RM500,000 daripada...

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT PENYERAHAN SURAT TAULIAH & IKRAR TAAT SETIA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI & PENGERUSI DAN AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah & Ikrar Taat Setia YB Pegawai Kewangan Negeri & Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada hari ini, 9 Januari 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.