Pengarang: Admin
Selamat menyambut tahun baru 2024.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (ATSNJ)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil Dan Doa Kesyukuran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) di Surau Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada hari ini, 30 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada hari ini, 30 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.
BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI DAERAH MERSING DAN SEGAMAT
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menitahkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan Southern Volunteers untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Taman Negara Endau Rompin, Mersing dan PPS Balairaya Kg Batu Badak serta PPS Balairaya Kg Jabi, Segamat.
Baginda turut akan melakukan pemantauan bencana banjir di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI NATAL
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
ULANGTAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU TEMENGGONG JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor