Skip to main content

Pengarang: Admin

TERIMA MENGADAP AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI DAN MAJLIS JUMAAH DIRAJA JOHOR SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Jumaah Diraja Johor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada hari ini, 21 November 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DYAM MEJAR JENERAL TUNKU MAHKOTA JOHOR MENYAKSIKAN RAPTAI PENUH SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat ke Istana Besar, Johor Bahru untuk menyaksikan raptai penuh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini, 20 November 2023. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

ISTIADAT LETAK KERJA PERMULAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN JOHOR

Upacara sambutan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bermula secara rasminya hari ini (15 November) dengan berlangsungnya Istiadat Letak Kerja di Istana Besar, Johor Bahru. Istiadat disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor pada jam 9.00 pagi. Istiadat bermula dengan perarakan membawa masuk bendera ke Tugu Peringatan Istana Besar oleh 10 anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) Johor, disusuli upacara mengikat bendera. Upacara menaikkan bendera didahului dengan bacaan doa oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti...

Continue reading

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Johor yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua. Deepavali Vaalthukkal! DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.