Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Tan Sri Razarudin Bin Husain @ Abd Rasid, Ketua Polis Negara pada hari ini, 5 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.
ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) KE-23
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-23 pada hari ini, 2 Disember 2023.
Dalam majlis tersebut, turut berlangsung istiadat Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Teknologi Kejuruteraan Mekanikal) yang dianugerahkan kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PERTEMUAN BERSAMA DATUK BANDAR ITABASHI CITY, TOKYO
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meluangkan masa bertemu Encik Sakamoto Takeshi, Datuk Bandar Itabashi City, Tokyo pada hari ini, 30 November 2023. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan strategi baharu dan amalan terbaik dalam menguruskan bandar, pencegahan bencana dan meningkatkan perlindungan serta pemuliharaan alam sekitar.
Allah Peliharakan Sultan.
PERTEMUAN BERSAMA WAKIL J.LEAGUE DI TOKYO
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengadakan pertemuan dengan wakil J.League di Tokyo hari ini bagi membincangkan kemungkinan Baginda melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun.
Antara objektif adalah termasuk mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur dan menarik syarikat-syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor.
Wakil dari J.League termasuk Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global) Tetsuya Aida dan Pengurus Besar Takeyuki Oya.
MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH MASJID TUNKU LAKSAMANA DI DANGA BAY, JOHOR BAHRU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Masjid Tunku Laksamana di Danga Bay, Johor Bahru pada hari ini, 24 November 2023.