Pengarang: Admin
SULTAN JOHOR BANGGA PENCAPAIAN JDT
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
Baginda Tuanku Sultan turut bangga dengan pelbagai pencapaian yang dikecapi skuad Harimau Selatan itu di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
DYMM Sultan Johor turut menzahirkan ucapan syabas kepada JDT yang turut melengkapkan kejuaraan ‘quadruple’ kali kedua berturut-turut.
“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada sokongan padu yang sentiasa diberikan rakyat Johor serta penyokong...
TERIMA MENGADAP KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Kuala Lumpur pada hari ini, 7 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Kuala Lumpur pada hari ini, 7 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.
YAYASAN SULTANAH FATIMAH HARGAI KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yayasan Sultan Fatimah (YSF) menzahirkan penghargaan serta menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong, Pengerusi YSF berkata, YSF kini mula beroperasi di bangunan milik DYAM Tunku Mahkota Johor di Johor Bahru.
“Patik mewakili YSF menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang berkenan membenarkan kami beroperasi di bangunan milik Baginda tanpa sewa,” katanya.
Dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 4 Disember, YSF turut menerima sumbangan...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR PERIKSA PADANG HYBRID PERTAMA DI MALAYSIA YANG DIPASANG DI STADIUM LARKIN
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memeriksa kerja-kerja pemasangan padang jenis hybrid yang baharu dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.
Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.
Padang Hybrid di Larkin merupakan campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama ‘JDT Blend’. Selepas menganalisa hasilnya,...