Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada hari ini, 8 April 2026. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026. Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 31 Mac 2026. Baginda telah bertitah kepada Kerajaan Negeri Johor untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat disebabkan konflik geopolitik Timur Tengah yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Perbincangan tertumpu kepada langkah serta pendekatan bersasar untuk mengurangkan beban yang dirasai rakyat. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.