Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA DIRAJA JOHOR BERSAMA RAKYAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana DiRaja Johor bersama rakyat pada hari ini, 22 Mac 2026 bersamaan 2 Syawal 1447H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP TAKZIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI WAKIL-WAKIL RASMI KERAJAAN SINGAPURA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor terima mengadap takzim sempena Hari Raya Aidilfitri wakil-wakil rasmi Kerajaan Singapura di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 21 Mac 2026. Hadir pada sesi pertemuan ini adalah His Excellency Desmond Lee, Menteri Pendidikan Republik Singapura dan isteri, His Excellency Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial & Keluarga Republik Singapura dan isteri serta Konsul General Singapura di Johor Bahru, Encik Ng Kuan Khai dan isteri. Tetamu-tetamu...

Continue reading

TERIMA MENGADAP TAKZIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI BARISAN JUMAAH MAJLIS DIRAJA JOHOR DAN DELEGASI AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sekeluarga terima mengadap takzim sempena Hari Raya Aidilfitri barisan Jumaah Majlis DiRaja Johor yang diketuai oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan delegasi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 21 Mac 2026. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA RAKYAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada hari ini, 21 Mac 2026 bersamaan 1 Syawal 1447H. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor...

Continue reading

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Pegawai dan Anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 19 Mac 2026. Baginda turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.