Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Taman Megah Ria, Masai pada 13 Mac 2026.
DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Penerima-penerima Asnaf. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT SUBUH BERSAMA RAKYAT DI MASJID SULTAN ABU BAKAR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 11 Mac 2026.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor dan SS YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan terima mengadap YBhg. Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara pada hari ini, 10 Mac 2026. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM 1447H/2026M
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor Darul Ta’zim 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Sultan Ismail pada hari ini, 6 Mac 2026.
DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyempurnakan Majlis Serahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
NUZUL AL-QURAN 1447 HIJRAH
Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1447 Hijrah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 6 Mac 2026. Allah Peliharakan Sultan.