Pengarang: Admin
Yang Berbahagia En Azmi Bin Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.
MAJLIS PECAH TANAH TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pecah Tanah Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri pada 4 Disember 2022.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada...
MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI TUN HUSSEION ONN MALAYSIA (UTHM)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berangkat ke majlis Istiadat Konvokesyen Ke-22 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 3 Disember 2022, bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Dalam majlis tersebut, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM yang baharu manakala YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Puan Noor Faezah Binti Md. Esa, Pentadbir Tanah Daerah Pontian telah mewakili Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 4 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik iaitu kepada 1 buah keluarga di Mukim Rimba Terjun, 1 buah keluarga Mukim Ayer Masin dan 2 buah keluarga Mukim Serkat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan...
PROGRAM PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Puan Noor Faezah Binti Md. Esa, Pentadbir Tanah Daerah Pontian mewakili Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 4 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik iaitu kepada sebuah keluarga di Mukim Rimba Terjun, sebuah keluarga Mukim Ayer Masin dan dua buah keluarga Mukim Serkat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan...