Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menyampaikan sumbangan kurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN BANTUAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI SEGAMAT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menyampaikan sumbangan kurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara Balai Raya Kuala Paya, Segamat dan Balai Raya Kg Batu Badak, Segamat. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk keluarga kurang berkemampuan bagi Daerah Segamat telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga. Penerima ini telah dicadangkan dan dikenalpasti oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Kesemua penyerahan kali ini melibatkan penerima di Mukim Sungai Segamat dan Mukim Gemas, Daerah Segamat. Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena menyampaikan Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Tenglu Dan Padang Endau. Turut serta dalam sesi ziarah ini adalah Penghulu-penghulu Mukim dan ketua-ketua kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.