Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di Mukim Ayer Baloi dan Mukim Api-Api. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Pegawai Daerah Kulai ,Tuan Haji Zainor Bin Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurnian ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Fizikal), Penghulu Mukim Kulai, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai dan Ketua Kampung Mukim Kulai. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit strok dan juga pesakit yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam penyerahan ini,...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Kampung Baru, Daerah Batu Pahat Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ketua Penolong Pegawai Daerah, En Azmi Bin Ahmad telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Pentadbiran), Penolong Pegawai Daerah(Fizikal), Penghulu Mukim Sedenak, Majlis Agama Islam Daerah Kulai dan Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.