Skip to main content

Pengarang: Admin

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELUANGKAN MASA MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PASUKAN JOHOR CUBS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meluangkan masa menyaksikan Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor bermain untuk pasukan Johor Cubs yang menentang Pilihan Johor Junior Cup Bawah-9 di Pusat Latihan Tertutup JDT di Padang Seri Gelam pada hari ini, 28 Februari 2026. DYAM Tunku Iskandar turut menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam perlawanan persahabatan tersebut. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAULIAH SUMPAH JAWATAN DAN SUMPAH TAAT SETIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Penyerahan Surat Tauliah Sumpah Jawatan dan Sumpah Taat Setia Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada hari ini, 20 Februari 2026. Pada majlis ini, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir telah menerima surat tauliah serta mengangkat sumpah jawatan dan sumpah taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Johor yang ke-26 manakala YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman telah menerima surat tauliah serta...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.