Pengarang: Admin
Encik Muhammad ‘Izzuddin bin Mohd Azman, Penolong Pegawai Daerah Tangkak yang mewakili Pegawai Daerah Tangkak telah menyempurnakan penyerahan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Tangkak.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini...
MAJLIS MAKAN MALAM PEGAWAI PERKHIDMATAN TADBIR NEGERI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Makan Malam Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru pada hari ini, 15 Februari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID SULTAN ISKANDAR MERSING
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor pada 13 Februari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera pada hari ini, 10 Februari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP DELEGASI PROFESOR DARI UNIVERSITI OXFORD, UNITED KINGDOM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi profesor dari Universiti Oxford, United Kingdom pada hari ini, 9 Februari 2026.
Dalam pertemuan tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menzahirkan rasa amat berpuas hati apabila jalinan kerjasama strategik bersama Universiti Oxford berjaya melatih para penjawat awam negeri.
Selaras dengan pendekatan yang telah diterapkan sebelum ini, Baginda menegaskan bahawa fokus utama pentadbiran negeri adalah terhadap aspek pendidikan, bukan sahaja untuk anak-anak Johor malah turut merangkumi para...
ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG AMAT MULIA TUNKU PANGLIMA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor