Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH BAGI PROJEK RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bagi Projek Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru pada hari ini, 27 April 2022. Sebanyak 488 unit telah dibina di Bandar Dato’ Onn sebagai sebahagian daripada projek yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dalam merealisasikan hasrat Baginda agar Bangsa Johor dapat memiliki rumah sendiri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah sebanyak 808 buah rumah berikutan siapnya projek serupa di Bandar Baru...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Linau. Program lawatan ziarah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa. ...

Continue reading

SEMPENA ZIARAH PRIHATIN PENYERAHAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan ini melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Linau. Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. memerlukan dari semasa ke semasa. Turut hadir; Penolong Pegawai Daerah; Ketua Penghulu;...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu Kanan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.