Pengarang: Admin
Pengorbanan ibu amat penting dan tidak ada tolak bandingannya dalam memastikan kejayaan sesebuah keluarga.
Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH DAN PINGAT
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat yang berlangsung di Istana Besar Johor, Johor Bahru pada 6 Mei 2022.
Dalam majlis tersebut, DYMM Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) kepada Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong dan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor...
MENERIMA KUNJUNGAN AIDILFITRI DARI STAF KEJURULATIHAN DAN PEMAIN LUAR NEGARA KELAB BOLASEPAK JDT
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima kunjungan Aidilfitri dari sebahagian staf kejurulatihan dan pemain luar negara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada di Johor pada hari ini, 4 Mei 2022. Allah Peliharakan Sultan.
SANTAPAN PAGI BERSAMA KELUARGA DIRAJA JOHOR SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bersama Keluarga Diraja Johor yang lain menikmati santapan pagi sempena sambutan Aidilfitri. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor