Pengarang: Admin
Heads up. Always hold it high. Look at the world straight in the eye. Remember God gives the toughest battles to his strongest soldiers.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Serkat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta...
SELAMAT HARI IBU
Pengorbanan ibu amat penting dan tidak ada tolak bandingannya dalam memastikan kejayaan sesebuah keluarga.
Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH DAN PINGAT
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat yang berlangsung di Istana Besar Johor, Johor Bahru pada 6 Mei 2022.
Dalam majlis tersebut, DYMM Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) kepada Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong dan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor...
MENERIMA KUNJUNGAN AIDILFITRI DARI STAF KEJURULATIHAN DAN PEMAIN LUAR NEGARA KELAB BOLASEPAK JDT
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima kunjungan Aidilfitri dari sebahagian staf kejurulatihan dan pemain luar negara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada di Johor pada hari ini, 4 Mei 2022. Allah Peliharakan Sultan.