Pengarang: Admin
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Sri Menanti bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one-off adalah bagi meringankan beban golongan sasar...
SYABAS ATAS PENGUMUMAN INSENTIF KHAS UNTUK BANGSA JOHOR
Syabas saya ucapkan kepada kerajaan negeri Johor kerana mengumumkan insentif khas yang mengutamakan kebajikan Bangsa Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT HARI VAISAKHI DAN SELAMAT TAHUN BARU TAMIL
Selamat Hari Vaisakhi kepada kaum Sikh dan Selamat Tahun Baru Tamil kepada kaum India.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA BAGI BULAN APRIL FASA 1 TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah PRIHATIN Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan April Fasa 1, Tahun 2022 .
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa buah rumah di Mukim Sungai Kluang.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DELEGASI KONFEDERASI BOLASEPAK ASIA (AFC)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Che’ Puan Khaleeda berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama delegasi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang diketuai oleh YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung AFC di Dewan Kenanga, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 13 April 2022.
Turut serta dalam majlis tersebut adalah YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Buloh Kasap, Daerah Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Segamat (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Mukim dan JPKK Kampung yang terlibat.