Pengarang: Admin
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Jementah Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban keluarga penerima di masa ramai keluarga terjejas dengan situasi pandemik pada masa ini.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Segamat,...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Serom yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, kurang berkemampuan serta ditimpa musibah.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga yang dhaif, golongan asnaf, mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA
Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
TAHNIAH BUAT ANGGOTA-ANGGOTA JMF SEBAGAI JUARA KESELURUHAN DALAM UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK GERUP GERAK KHAS
Saya ucapkan tahniah buat anggota-anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Forces) yang baru-baru ini telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Ujian Kemahiran Menembak Gerup Gerak Khas.
Dalam lima acara yang dipertandingkan, JMF telah meraih keputusan yang membanggakan iaitu;
1. Johan Repal Acara 1 & 2
2. Johan Acara Jatuh Piring Peg/LLP
3. Johan Pistol Jatuh Piring Lelaki
4. Naib Johan Acara Jatuh Piring Pistol Jemputan
5. Tempat ketiga bagi Pistol Acara 1 & 2
Ini merupakan satu kebanggaan buat saya kerana ia membuktikan kecekapan anggota...