Pengarang: Admin
Alhamdullilah. Saya, isteri dan adik saya selesai melawat PPS SMK Kahang, Kluang. Setakat ini, seramai 116 orang mangsa dari 35 buah keluarga sedang ditempatkan di sini. Barangan keperluan telah diagihkan kepada mangsa. Semua berada dalam keadaan baik.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar dan YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada para sukarelawan khususnya Southern Volunteers...
SOUTHERN VOLUNTEERS MUAR SUDAH MULA MEMBANTU KERJA-KERJA PASCA BANJIR
Southern Volunteers Muar sudah mula membantu kerja-kerja pasca banjir untuk membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir dengan penyelarasan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir Muar. Syabas & tahniah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI MUAR
Laporan terkini mengenai situasi banjir di Muar. Paras air Sungai Labis sudah mula menurun. Jika situasi ini bertambah baik, Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Maokil akan ditutup dan penduduk terlibat akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Esok saya akan ke Kluang dan Muar.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MELAWAT PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA (PPS) DEWAN RAYA SG TIRAM, JOHOR BAHRU
Saya telah selesai melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Raya Sg Tiram, Johor Bahru pada 3 Januari 2022. Barang-barang bantuan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS ini dan keadaan disini terkawal.
Terima kasih saya ucapkan kepada para sukarelawan yang terdiri dari Southern Volunteers, RELA, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia yang turut membantu.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MISI BANTUAN BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS: PENGHANTARAN BARANG KEPERLUAN
Sekitar penghantaran barang keperluan dalam Misi Bantuan Banjir Southern Volunteers yang telah digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa bencana banjir. Saya akan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sungai Tiram selepas ini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SEDUTAN VIDEO SEKITAR SESI PENGHANTARAN BARANG KEPERLUAN DALAM MISI BANTUAN BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS
Sedutan video sekitar sesi penghantaran barang-barang keperluan dalam Misi Bantuan Banjir Southern Volunteers yang selari dengan titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor supaya Southern Volunteers segera digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa bencana banjir.