Skip to main content

Pengarang: Admin

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI SELURUH JOHOR

Laporan terkini. Trend menunjukkan kini, banyak Pusat Penempatan Sementara (PPS) akan ditutup dalam beberapa hari ini, keadaan semakin baik dan cuaca Johor kini di kebanyakan tempat adalah cerah dan mulai panas. Bantuan dan pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir akan diteruskan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

LAWATAN KE BILIK GERAKAN SOUTHERN VOLUNTEERS

Pada hari ini saya telah berangkat ke Bilik Gerakan Southern Volunteers di Sekretariat SUKMA Johor, Nusajaya Centre. Lawatan ini bersempena dengan pengaktifan Skuad Pasca Banjir Southern Volunteers, di mana pasukan SV ini akan dikerahkan ke tempat kejadian banjir untuk membantu mangsa banjir dalam usaha pembersihan rumah-rumah mereka. Sejak akhir bulan Disember 2021 lagi para Southern Volunteers telah digerakkan untuk membantu dalam operasi pasca banjir di Selangor dan Pahang. Selain daripada kerja-kerja pembersihan, mereka turut menghulurkan bantuan sumbangan barangan keperluan asas...

Continue reading

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI SEGAMAT

Alhamdulillah, jumlah mangsa-mangsa di Segamat semakin menurun. Cuaca juga baik pada hari ini. Sejumlah 52 Pusat Penempatan Sementara (PPS) masih aktif dan 12 PPS telah ditutup. Saya juga telah mengarahkan Southern Volunteers untuk memulakan misi pasca banjir dengan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di seluruh negeri Johor. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

LAWATAN KE PPS DEWAN SEMAI BAKTI FELDA MAOKIL, MUAR

Pemantauan hari ini diteruskan dengan melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Maokil, Muar. 42 orang dari 12 buah keluarga sedang ditempatkan di sini. Harap bantuan keperluan yang telah diagihkan dapat meringankan beban mereka. Alhamdullilah semua dlm keadaan baik dan terkawal. Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para sukarelawan khususnya Southern Volunteers dan agensi-agensi yang terlibat dalam membantu misi bantuan banjir ini. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota...

Continue reading

LAWATAN KE PPS SMK KAHANG, KLUANG

Alhamdullilah. Saya, isteri dan adik saya selesai melawat PPS SMK Kahang, Kluang. Setakat ini, seramai 116 orang mangsa dari 35 buah keluarga sedang ditempatkan di sini. Barangan keperluan telah diagihkan kepada mangsa. Semua berada dalam keadaan baik. Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar dan YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para sukarelawan khususnya Southern Volunteers...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.