Skip to main content

Pengarang: Admin

PENGAGIHAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Pengagihan semua kotak makanan ke empat daerah iaitu Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat telah selesai. Kami juga akan berikan lagi barangan keperluan asas kepada semua Pusat Penempatan Sementara (PPS) pada keesokan pagi. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor juga akan memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada setiap mangsa-mangsa banjir termasuk mereka yang telah kembali ke rumah masing-masing. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI MUAR DAN SEGAMAT

Paras air sungai di daerah Muar pada masa ini telah menunjukkan penurunan dan setiap jalan yang terputus sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Di Segamat pula, bilangan Pusat Penempatan Sementara (PPS) kini hanya tinggal 18 buah sahaja yang beroperasi dan hanya 299 buah keluarga sahaja yang masih terjejas. Saya juga telah menghantar 2,000 kotak makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk mereka yang telah kembali ke rumah masing-masing. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

TERIMA KASIH DAN SYABAS KEPADA NGO DAN SYARIKAT YANG TERLIBAT DALAM MISI BANJIR DI SEGAMAT

Terima Kasih dan syabas kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berikut yang telah membantu dalam Misi Banjir di Daerah Segamat. Terima kasih kerana memberi bantuan, mengikut SOP dan memberi kerjasama dengan semua pihak. 1. Cyberview Sdn Bhd – 20 orang 2. Khidmat Malaysia – 5 orang 3. Myfundaction – 7 orang 4. Sahabat Amal Care – 15 orang 5. Bangiku – 30 orang 6. Nazarudin – 14 orang 7. Merbau Malaysia – 20 orang 8. Southern Volunteers – 500 orang 9. IMARET – 14 orang & 3 Doktor ...

Continue reading

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI SEGAMAT

Salam Jumaat. Di daerah Segamat cuaca sekarang ini cerah dan panas. Kemungkinan terdapat sedikit taburan hujan pada petang ini. Kini hanya berbaki 36 buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang beroperasi, walaubagaimanapun keadaan adalah terkawal. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI MUAR

Di daerah Muar cuaca cerah pada hari ini. Masih ada 9 buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) beroperasi sementara menunggu paras air sungai kembali ke paras yang selamat. Sekiranya keadaan kembali pulih, mangsa-mangsa bencana akan dibenarkan balik ke rumah masing-masing. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor telah berangkat ke dua lokasi di Muar pagi ini dan sedang memantau keadaan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.