Pengarang: Admin
TERIMA MENGADAP YANG DIPERTUA JUMAAH MAJLIS DIRAJA JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR (SPAJ)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Haji Marsan Kassim, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) pada hari ini, 16 Februari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
Encik Muhammad ‘Izzuddin bin Mohd Azman, Penolong Pegawai Daerah Tangkak yang mewakili Pegawai Daerah Tangkak telah menyempurnakan penyerahan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Tangkak.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini...
MAJLIS MAKAN MALAM PEGAWAI PERKHIDMATAN TADBIR NEGERI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Makan Malam Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru pada hari ini, 15 Februari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID SULTAN ISKANDAR MERSING
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor pada 13 Februari 2026. Allah Peliharakan Sultan.