Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membayar zakat bagi tahun 2025/1447H kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PENERIMA BIASISWA ORANG MUDA JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap penerima Biasiswa Orang Muda Johor iaitu Muhammad Fauzi Syahmi bin Mohd Zain, Laxmann A/L Muralitharan dan Lee Chong Ming pada hari ini, 12 Ogos 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA MENTERI MELAKA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka pada hari ini, 12 Ogos 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 12 Ogos 2025.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PERBARISAN HARI KEBANGSAAN SINGAPURA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura yang berlangsung di Republik Singapura pada hari ini, 9 Ogos 2025.
Berangkat sama dalam majlis tersebut adalah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, H.E. Prabowo Subianto, Presiden Indonesia dan H.E. Tharman Shanmugaratnam, Presiden...