Skip to main content

Pengarang: Admin

KEMUDAHAN KORPORAT BAHARU DAN ‘RED & BLUE LOUNGE’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM SIAP UNTUK MUSIM 2025-26

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berangkat ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini, 28 Julai 2025 bagi memeriksa dan memantau kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan di ‘Home of the Southern Tigers’ menjelang musim 2025-26, termasuk kemudahan fasiliti korporat baharu, padang baharu dan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan sekitarnya. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Sebanyak 12 bilik korporat baharu dan dua ruang hospitaliti premium baharu — ‘Red...

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI UMW TOYOTA MOTOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi UMW Toyota Motor yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ravindran K pada hari ini, 25 Julai 2025. UMW Toyota Motor telah menandatangani perjanjian bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sebagai Rakan Mobiliti Rasmi, di mana logo Toyota dipaparkan dengan jelas pada jersi bola sepak JDT bagi musim 2025-26. Luaskan Kuasamu Johor.

Continue reading

PULANGAN CUKAI 25% KEPADA JOHOR

Saya baru dimaklumkan mengenai kelewatan pembukaan Hospital Pasir Gudang yang sepatutnya dibuka secara berfasa bermula Ogos 2025 dan kecewa kerana ia telah ditangguhkan ke Januari 2026. Berikutan kelemahan-kelemahan baru-baru ini yang berlaku seperti isu gangguan sistem autogate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), hospital, projek tebatan banjir dan sebagainya, ingin saya sampaikan kepada rakyat Johor betapa pentingnya cukai hasil pendapatan negeri Johor harus dipulangkan sebanyak 25 peratus kepada Johor. Menerusi pulangan cukai itu, kita tidak...

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor pada hari ini, 22 Julai 2025. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting telah dibincangkan. DYAM Pemangku Sultan Johor turut memberikan titah amanat penting Baginda supaya menyelesaikan segala isu yang tertangguh khususnya yang melibatkan ekonomi negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.