Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Felda Semenchu, Kota Tinggi pada 8 Ogos 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS MAKAN MALAM BBQ MERAIKAN PASUKAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meraikan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam satu Majlis Makan Malam BBQ di Istana Pasir Pelangi hari ini, 7 Ogos 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN SERTA EXCO BELIA DAN SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan dan YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor pada hari ini, 6 Ogos 2025.
Antara topik yang dibincangkan termasuk hal ehwal pembangunan belia dan sukan di Johor dan Malaysia yang merangkumi aktiviti-aktiviti belia, had umur belia di bawah Akta A1602, status pertubuhan belia di Johor, musim bola sepak Malaysia yang akan bermula hujung minggu ini, penyertaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dalam...
TERIMA MENGADAP KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tuan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Johor yang baharu pada hari ini, 6 Ogos 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR YANG BAHARU
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor yang baharu pada hari ini, 5 Ogos 2025. Hadir sama adalah YDH Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, mantan Ketua Polis Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 5 Ogos 2025.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.