Skip to main content

Pengarang: Admin

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 26 Ogos 2025. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PEMANGKU SULTAN JOHOR MELAWAT MANGSA KES BULI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat melawat adik Izzul Islam Azuan Isaidi, berumur 10 tahun, yang dilaporkan menjadi mangsa buli dan mengalami gegaran otak sehingga menjejaskan kehidupannya. Turut mengiringi keberangkatan Baginda ke Hospital Pakar Puteri KPJ, Johor Bahru adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Arif Aiman, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. “Gejala buli harus dibendung dan...

Continue reading

DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP RASMI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI JOHOR

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerima mengadap rasmi pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada hari ini (14 Ogos). Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyempurnakan penyampaian pingat dan darjah kebesaran kepada Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, Panglima 21 Gerup Gerak Khas dan Kolonel Mohd Farid Azwanshah Bin Sahar, Juruiring kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.