Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor pada 2 Mei 2025. Hadir sama adalah Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI PEKERJA
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kejayaan negeri Johor.
Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda. Selamat Hari Pekerja!
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
LAWATAN MENGEJUT KE PROGRAM MELIBATKAN SONNY BILL WILLIAMS DI SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat membuat lawatan mengejut ke program melibatkan Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Bandar Penawar, Kota Tinggi pada hari ini, 30 April 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MUSIM 2024-2025 SELESAI SEPENUHNYA
Musim 2024-25 selesai sepenuhnya.
Empat kejuaraan dan rekod tanpa kalah untuk tahun ketiga berturut-turut, serta kejuaraan Liga Super Malaysia ke-11 berturut-turut.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERI PENGHORMATAN KEPADA TENGKU MUDA PAHANG ATAS SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI BOLA SEPAK MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi penghormatan kepada Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang yang akan meninggalkan industri bola sepak Malaysia setelah tamat musim 2024-25. DYAM Pemangku Sultan Johor turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada YAM Tengku Muda Pahang atas sumbangan Baginda kepada industri bola sepak Malaysia.
DYAM Pemangku Sultan Johor telah berangkat ke perlawanan akhir Piala Malaysia di mana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim memenangi trofi...