Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Angkat Sumpah Suruhanjaya Perkhidmatan Timbalan Setia Negeri Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada hari ini, 23 April 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN JAMUAN MAKAN MALAM UNTUK PARA PEMAIN DAN BARISAN KEJURULATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan jamuan makan malam untuk para pemain dan barisan kejurulatihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Istana Pasir Pelangi malam ini, 22 April 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN NEGERI JOHOR DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 21 April 2025.
Menerusi kerjasama antara Johor dan SKMM ini, pelbagai inisiatif baharu akan dilaksanakan termasuk pembangunan infrastruktur digital, peluasan liputan 5G di kawasan-kawasan strategik, memperluas liputan rangkaian Internet, pembangunan literasi digital rakyat dan pelaksanaan program keselamatan siber....
ULANGTAHUN KEPUTERAAN TUNKU ZAHRAH ZARITH AZIYAH
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PENDIDIKAN DI NEGERI JOHOR
Mempertingkatkan pendidikan di negeri Johor adalah satu keutamaan. Matlamatnya ialah menambah baik silibus pelajaran dan kualiti para guru untuk memastikan sekolah-sekolah yang terbaik untuk Bangsa Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada hari ini, 18 April 2025 di Wisma Iskandar, Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Allah Peliharakan Sultan.