Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang yang berlangsung pada 24 Mei 2025.
TMIYC di Pasir Gudang ini merupakan yang ketiga selepas Hutan Bandar, Johor Bahru dan Muar. Ia selaras dengan idea dan visi DYAM Pemangku Sultan Johor untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah Youth Centre di setiap daerah di Johor.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor...
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKAITAN PENGARUH
Jikalau apa yang membuatkan anda sakit hati adalah pengaruh, maka saya ada berita yang kurang baik: pengaruh itu tidak akan hilang. Sama ada dalam bola sepak, politik atau apa jua bidang sekalipun, ia adalah sebahagian daripada ekosistem. Saya baru 41 tahun, dan pengaruh saya, kuasa, pengalaman, kewangan hanya akan bertambah dari sini.
Contoh: Baru-baru ini, saya jumpa ahli politik di Johor yang bertanya sama ada Bazaar Ramadan dan semua khemah itu milik saya. Serius? Adakah muka saya nampak seperti seseorang yang cari keuntungan daripada gerai Bazaar Ramadan?
Baru-baru ini juga ada...
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-15
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat hadir merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 16 Mei 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA PENASIHAT QATAR INVESTMENT AUTHORITY ADVISORY (ASIA PASIFIK)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mr. Abdulla Ali Al-Kuwari, Ketua Penasihat Qatar Investment Authority Advisory (Asia Pasifik) pada hari ini, 14 Mei 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Mr Vinothan Tulisinathzan, Pengarah Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Singapura dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELAPOR DIRI UNTUK BERTUGAS
Johor 2 melapor diri untuk bertugas.
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PENDIDIKAN DI JOHOR
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendidikan, ekonomi dan infrastruktur negeri adalah keutamaan,” titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor