Pengarang: Admin
Selamat Hari Wesak kepada semua rakan kami yang beragama Buddha. Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan dan kedamaian.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SELAMAT HARI IBU
Sambutan Hari Ibu merupakan hari penting untuk menghargai dan menghormati jasa ibu yang telah memberikan kasih sayang dan pengorbanan tanpa kenal erti lelah dan jemu.
Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana!
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
LATIHAN ‘THUNDERSTORM’ PUSINGAN KEDUA
Latihan ‘Thunderstorm’ Pusingan Kedua. ‘Kita bukan dilahirkan untuk lari, kita dilahirkan untuk bertahan walau apa pun yang mendatang. Takdir kita ditentukan oleh tindakan kita, bukan oleh asal-usul kita.” Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat. #jmf #ggk #7brigade #atm
LATIHAN ‘THUNDERSTORM’ BERSAMA KOMANDO GERAK KHAS MALAYSIA, PASUKAN ELIT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR DAN 7 BRIGED
Kegigihan jam 2 pagi. Latihan ‘Thunderstorm’ bersama Komando Gerak Khas Malaysia, Pasukan Elit Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan 7 Briged. Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk berlatih dan meluangkan masa bersama pahlawan-pahlawan ini. “Kami tidak mati, kami berlipat ganda.” #jmf #ggk #atm #elite
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN KUALITI DAN STANDARD PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR (JCS)
Tiga Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) baru-baru ini telah menamatkan kursus mereka di Harvard Kennedy School. Ini adalah satu permulaan dan kita mahu lebih ramai pegawai JCS memiliki kelayakan tinggi. Johor akan meneroka pendekatan baharu untuk menyediakan kursus profesional di Johor melalui kerjasama dengan Universiti Harvard.
Kita perlu memastikan bahawa Johor ditadbir oleh pegawai JCS yang mempunyai standard dan kemahiran profesional yang tinggi. Seiring dengan pertumbuhan pesat Johor susulan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kita juga akan meningkatkan kualiti...
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
Ia bukan sekadar tentang penyertaan. Ia sentiasa tentang penguasaan dan peningkatan sejak dari awal lagi.
Satu persoalan, dengan segala propaganda dan kempen yang mereka buat selama ini, apakah perubahan dan perbezaan yang mereka telah capai? Kosong! Sedangkan kami terus berkembang, bertambah baik dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setiap tahun.
Lucu apabila segelintir ‘pesaing’ kami sering merungut dan mengadu kononnya mereka tidak dapat bersaing dengan kami, sehingga menghasut bahawa semua pasukan patut tarik diri dan kononnya liga ini sudah mati. Kita tidak lihat mentaliti...