Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Subuh bersama rakyat di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Johor pada hari ini, 26 Februari 2025.
Hadir sama adalah Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP TIMBALAN PERDANA MENTERI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 25 Februari 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH KLUANG
YBhg. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang telah sempurna melaksanakan kurniaan pada hari ini kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Kluang.
Turut sama mengiringi penyerahan kurniaan ialah Puan Nuradibah Binti Arop, Penolong Pegawai Daerah (Unit Pembangunan Masyarakat) dan Tuan Haji Norazmi bin Haji Md. Anuar, Penghulu Kanan Daerah Kluang.
TERIMA MENGADAP PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA KE MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap H.E. Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia pada hari ini, 24 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.
150 KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN TERIMA SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Seramai 150 buah keluarga daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan B40 menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) semalam (22 Februari).
Sumbangan disampaikan oleh Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ kepada Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru.
Hadir sama, Mohd Shahrin Rahmat, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Majlis berlangsung di Ruang Legar Eco Galleria, Eco Botanic Gelang Patah sempena Program Derma Darah anjuran Yayasan KPRJ.
SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HJ MOHD LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 21 Februari 2025.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.