Skip to main content

Pengarang: Admin

NUZUL AL-QURAN 1446 HIJRAH

Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1446 Hijrah. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Haziq Bin Abdul Latif, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Sungai Pinggan Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...

Continue reading

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG PENCAPAIAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)

Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan. Apa-apapun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi. Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.