Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kali ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat dan telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sungai Segamat. Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Daerah Segamat, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Kakitangan Pejabat Daerah Segamat.

Continue reading

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-268

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara pada 5 Februari 2025. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.