Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS PERASMIAN PEJABAT OPERASI INVEST MALAYSIA FACILITATION CENTRE JOHOR (IMFC-J)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Pejabat Operasi Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) di Forest City, Gelang Patah, Johor pada 18 Februari 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBM Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENYAKSIKAN PERLAWANAN ‘ONE LAST DANCE’ MUHAMMAD FARKHAN HARON DALAM KEJOHANAN TINJU ANTARABANGSA JOHOR (JIBC) JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menyaksikan perlawanan ‘One Last Dance’ peninju profesional negara kelahiran Johor, Muhammad Farkhan Haron dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2025. Farkhan telah mempertahankan tali pinggang kejuaraan WBC Asia Bridgerweight dalam pertarungan tersebut. DYAM Pemangku Sultan Johor turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Farkhan kerana membanggakan negeri Johor dalam sukan tinju. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PARA PEMAIN DAN PEGAWAI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) MENZIARAHI SERTA MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA KELUARGA-KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK DI DAERAH PONTIAN

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama para pemain dan pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah meluangkan masa menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Pontian pada 16 Februari 2025. Dalam kunjungan tersebut, Baginda turut menyampaikan sumbangan kurnia kepada wakil keluarga-keluarga tersebut. Ini bagi membantu meringankan beban mereka seisi keluarga. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGADAP DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor. “Saya sentiasa menghargai nasihat serta bimbingan yang diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” titah DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM JELUTONG

Sesi penyampaian sumbangan kurniaan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima di Mukim Jelutong telah selamat dilaksanakan dan disempurnakan oleh Tuan Mohd Masni Bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru bersama Encik Mohd Hasif Bin Azman, Penolong Pegawai Daerah di rumah penerima berkenaan. Golongan penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU). Kurniaan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan serta untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.