Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Eksekutif Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM pada hari ini, 20 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Encik Muhammad ‘Izzuddin bin Mohd Azman, Penolong Pegawai Daerah Tangkak sebagai wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Gersik.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi...
TERIMA MENGADAP MANTAN JUARA DUNIA ONE FLYWEIGHT MUAY THAI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Rodtang Jitmuangnon, mantan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, pada hari ini, 18 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM PULAI DAN TANJUNG KUPANG DAERAH JOHOR BAHRU
Penyampaian kurniaan DYAM Pemangku Sultan Johor bagi bulan November Fasa 4 telah disempurnakan dengan penuh penghormatan kepada beberapa penerima di Mukim Pulai dan Mukim Tanjung Kupang. Sesi penyerahan kurniaan ini telah dilaksanakan oleh En Muhammad Najhan bin Abdul Rahim, wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru yang turut diiringi oleh Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung setempat.
Golongan penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, individu yang menghidap penyakit kronik, dan ahli keluarga yang memiliki anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).
Kurniaan...
“JOHOR FOR LIFE”
Adalah satu penghormatan dan satu keistimewaan untuk meneruskan perjalanan ini bersama anda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Saya berbangga dengan anda. Keghairahan dan hobi lain adalah sementara, ini kekal selama-lamanya. “Johor for Life.”