Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Zoo Johor pada hari ini, 28 Ogos 2024 sempena pembukaannya kepada orang ramai pada 31 Ogos nanti. Allah Peliharakan Sultan.
LATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM MENJELANG PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2024-2025
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menyaksikan para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menjalani latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024-25 esok. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 23 Ogos 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Antaranya adalah berkaitan dengan ekonomi Johor serta langkah-langkah strategik untuk memastikan pembangunan negeri terus pesat dan mampan.
Selain itu, perkara-perkara berkaitan bola sepak Malaysia, termasuk inisiatif-inisiatif untuk memperkukuhkan sukan tersebut turut dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
MESYUARAT BERSAMA KONFEDERASI BOLA SEPAK ASIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkunjung ke AFC House di Bukit Jalil untuk mengadakan pertemuan bersama YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini, 23 Ogos 2024.
Turut serta adalah Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire, Tim Cahill.
Perbincangan tertumpu kepada pentadbiran bola sepak, kancah bola sepak Malaysia dan pertandingan sulung Liga Elit Juara-Juara AFC yang akan datang, apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berbesar hati untuk bersaing di antara 24...