Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan para pemain serta barisan kejurulatihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menunaikan solat hajat selepas menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024-25. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN HARI ULANG TAHUN REJIMEN GERAK KHAS KE-59
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-59 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK) pada hari ini, 19 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HAJI MOHD LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 16 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-35 PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM)
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Peringkat Kebangsaan ke-35 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) pada hari ini, 15 Ogos 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan Yang Amat Dihormati Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr). Haji Wan Mahmood bin Pawan Teh, Presiden PPKM. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H.
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
MAJLIS ISTIADAT ZIARAH MAKAM DIRAJA JOHOR SEMPENA HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar pada 11 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.