Skip to main content

Pengarang: Admin

HARI KEBANGSAAN SINGAPURA KE-59

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami, Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-59. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura serta berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

TERIMA MENGADAP UNITED STATES INDO-PACIFIC COMMAND (USINDOPACOM)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) yang diketuai oleh Mejar Jeneral Jay M. Bargeron, Pengarah Direktorat Dasar dan Perancangan Strategik (J5) pada hari ini, 8 Ogos 2024. Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Mr. Michael C. Pettigrew, Timbalan Pengarah Operasi, Pelan dan Dasar Asia Selatan dan Tenggara, Kapten Pasit Somboonpakron, Pegawai Kanan Pertahanan Amerika Syarikat ke Malaysia dan Kapten Holly M. Beard, Penyelia USINDOPACOM...

Continue reading

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KONTINJEN SUKMA JOHOR 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Kontinjen SUKMA Johor 2024 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari ini, 8 Ogos 2024. Hadir sama adalah YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor. Dalam majlis tersebut, Baginda turut memberi galakan dan motivasi kepada para atlet kontinjen SUKMA Johor 2024 menjelang Sukan Malaysia...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN PEGAWAI DAERAH BAGI PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM PEMANGKU SULTAN JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Batu Pahat, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Simpang Kanan, Daerah Batu Pahat.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 6 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.