Pengarang: Admin
Penyampaian kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor bagi Mukim Pulai dan Mukim Plentong yang disampaikan oleh Tn Haji Ahmad Nazir bin Hj Mohd Nasir, Pegawai Daerah Johor Bahru.
Turut sama mengiringi penyampaian kurniaan adalah Pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah Johor Bahru, Penghulu Mukim Pulai dan Mukim Plentong serta Ketua-ketua Kampung.
Penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, berpenyakit kronik dan ahli keluarga OKU. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut serta diharapkan juga dapat meringankan beban...
LAWATAN DAN TAKLIMAT MENJELANG LATIHAN ANTARA GERUP GERAK KHAS DAN PASUKAN ELIT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
Lawatan dan taklimat menjelang latihan antara Gerup Gerak Khas dan Pasukan Elit Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
MAJLIS KURNIAAN BANTUAN RUMAH YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Kurniaan Bantuan Rumah Yayasan Sultan Ibrahim Johor di Kampung Wak Salam, Mersing pada hari ini, 7 November 2024.
Hadir sama adalah Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing dan YB Dato’ Avinderjit Singh A/L Harjit Singh, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PERKEMBANGAN POSITIF JOHOR
Johor akan menjadi negeri pertama untuk menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November.
Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.
Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di...