Pengarang: Admin
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini, 20 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.
ISTIADAT PERTABALAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini, 20 Julai 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR MENYAMBUT KEBERANGKATAN TIBA RAJA BAHRAIN DI MALAYSIA
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyambut keberangkatan tiba Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini, 19 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada hari ini, 18 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.
HARI KEDUA MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA (MRR) KE-266
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-266 di Istana Negara, pada hari ini 18 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA MENTERI SABAH
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada hari ini, 17 Julai 2024.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk menerokai potensi peluang ekonomi antara Johor dan Sabah serta menambah baik pembangunan bola sepak Sabah melalui kolaborasi bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemangku Sultan Johor turut menitahkan agar JDT bekerjasama erat dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dalam meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di...