Skip to main content

Pengarang: Admin

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN PEGAWAI DAERAH BAGI PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM PEMANGKU SULTAN JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Batu Pahat, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Simpang Kanan, Daerah Batu Pahat.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 6 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR

Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Grisek dan Mukim Bukit Serampang. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah...

Continue reading

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN SEKOLAH RINTIS JOHOR

Pada 13 Februari 2024, saya menitahkan agar Kerajaan Negeri Johor meningkatkan tahap pendidikan anak Bangsa Johor supaya tiada yang keciciran. https://www.astroawani.com/…/tunku-mahkota-ismail-mahu… Pada 9 Mei 2024, saya juga bertitah bahawa sistem pendidikan negara perlu berubah dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang tidak relevan. https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/976393360509717 Kini, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersetuju melancarkan sekolah rintis Johor bermula 2025, melibatkan dua sekolah rendah dan dua...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.