Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KULAI

Yang Berbahagia En Fizwan Bin Dato’ Hj. Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi Bulan Jun 2024, kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai pada 23 Jun 2024. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kulai, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup...

Continue reading

TERIMA MENGADAP RAJA BHUTAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 22 Jun 2024. Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Raja Bhutan turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada hari ini, 21 Jun 2024. Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YB Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

KELUARGA DIRAJA JOHOR KURNIA 143 EKOR LEMBU SEMPENA SAMBUTAN AIDILADHA

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, Keluarga Diraja Johor telah mengurniakan sebanyak 143 ekor lembu ibadah korban untuk rakyat Johor. Kurniaan ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan serta memeriahkan lagi sambutan Aidiladha di Johor. Semoga kurniaan ini akan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat serta membawa keberkatan dan kegembiraan kepada setiap penerima. Kurniaan ini dilaksanakan setiap tahun oleh Keluarga Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI KEDUTAAN SEPANYOL DI MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kedutaan Sepanyol di Malaysia yang diketuai oleh TYT Jose Luis Pardo Cuerdo, Duta Sepanyol ke Malaysia di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 19 Jun 2024. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT SUNAT AIDILADHA BERSAMA RAKYAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada hari ini, 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.