SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYAM RAJA MUDA JOHOR
Happy Birthday my Son . Babah love you
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1444H/2022M
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1444H/2022M di Masjid Sultan Iskandar, Mersing pada 9 Oktober 2022.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi...
MAULIDUR RASUL
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada.
Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KENYATAAN PALSU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang terus disebarkan di dalam gambar ini.
Ini adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda...
JDT MENANG LIGA SUPER BUAT KALI KESEMBILAN BERTURUT-TURUT
Sebuah pasukan yang Berjaya tidak terjadi secara kebetulan, tetapi ia dicipta. Kami menyayangi, menghargai dan sanggup mati untuk satu sama lain. Kami bukan hanya sebuah kelab. Kami adalah Keluarga