TERIMA MENGADAP DELEGASI PENGURUSAN MAXIS BHD
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap delegasi pengurusan syarikat telekomunikasi Maxis Bhd pada 28 September 2022. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP DELEGASI UNICEF DAN JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismal Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda terima mengadap YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor serta delegasi UNICEF yang diketuai oleh Marc Vergara, Ketua Perhubungan dan Advokasi Awam dan Saskia Blume Ketua Perlindungan Kanak-Kanak di Royal Johor Polo Club pada 27 September 2022.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah YB Dato’ Amir Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Tuan Mohamad Bin Hapil, Pengarah Jabatan...
UCAPAN TAHNIAH KEPADA KONTINJEN SUKMA JOHOR
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontinjen Johor yang memenangi Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang menutup tirainya hari ini.
Saya merasa bangga melihat Kontinjen Johor dapat meraih 77 emas dalam kejohanan kali ini, sekali gus berjaya melepasi sasaran awal yang diletakkan iaitu 40 emas.
Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada Kontinjen Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS SUMBANGAN KHEMAH BENCANA OLEH YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Sumbangan Khemah Bencana Oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor pada 13 September 2022, di mana sebanyak 103,000 khemah berharga RM19 juta didermakan untuk diagihkan ke negeri-negeri seluruh Malaysia.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan. Allah Peliharakan...