Allah Peliharakan Sultan
MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KEPADA KELAB KEBAJIKAN GURU-GURU SEKOLAH DAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Sumbangan Bantuan kepada Kelab Kebajikan Guru-guru Sekolah dan Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 11 November 2022 di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Cik Norlizah Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor dan Encik Md Said Md Daimon, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Allah Peliharakan...
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS SANTAPAN MALAM DAN RAMAH MESRA PASUKAN 7 BRIGED DAN GERUP GERAK KHAS
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) berangkat ke Majlis Santapan Malam dan Ramah Mesra Pasukan 7 Briged dan Gerup Gerak Khas di Wisma Sultan Iskandar, Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 8 November 2022.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Mejar Jeneral Nubli Hj Hashim, Panglima 21 Gerup Gerak Khas, YBhg. Brigadier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged) dan YBhg. Brig. Jen. Zulmadi Bin Ariffin, Komandan Pusat Latihan Tempur...
KENYATAAN PALSU
KENYATAAN PALSU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bertitah menegaskan Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana disebarkan di dalam gambar ini.
Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan...