Skip to main content

IDEA PENUBUHAN MEDIA DIGITAL JOHOR

Idea penubuhan MDJ adalah untuk menyelaras penyampaian informasi yang boleh dipercayai, sahih, tepat dan pantas tentang negeri Johor. MDJ akan dijadikan pusat hebahan bagi mengurus dan menyelaras semua perkongsian maklumat berkaitan dasar kerajaan. MDJ juga boleh menangkis sebarang penularan berita palsu dan membentuk persepsi yang betul tentang perancangan dan pencapaian negeri Johor. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MAJLIS PELANCARAN MEDIA DIGITAL JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Pelancaran Media Digital Johor di Dewan Banquet, Sunway Big Box, Johor pada 19 Oktober 2022. Media Digital Johor merupakan ilham Baginda untuk menyediakan satu platform digital setempat rasmi Kerajaan Johor bagi hebahan inisiatif-inisiatif agensi-agensi Kerajaan Negeri Johor dan Institusi Diraja serta berita-berita semasa. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani,...

Continue reading

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYAM TUNKU ISKANDAR IBNI TUNKU ISMAIL, RAJA MUDA JOHOR

DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor menyambut hari keputeraan kelima baginda dengan bermain perlawanan bola sepak bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, pemain-pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan beberapa rakan diikuti jamuan makan malam di hadapan Stadium Sultan Ibrahim. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.