Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Program Membudayakan Al Quran serta Majlis Khatam Al Quran Peringkat Negeri Johor Kali ke-28 yang berlangsung di Masjid Al Mubarak, Bandar Putra Kulai pada hari ini, 18 Mac 2025.
Baginda berdua turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda berdua adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan...
TERIMA MENGADAP MANTAN PEMAIN BADMINTON MALAYSIA, DATUK LEE CHONG WEI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain badminton Malaysia pada hari ini, 18 Mac 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
NUZUL AL-QURAN 1446 HIJRAH
Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1446 Hijrah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PARA PEGAWAI DAN ANGGOTA GERUP GERAK KHAS
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis berbuka puasa bersama para pegawai dan anggota Gerup Gerak Khas di Masjid Kem Seri Iskandar, Mersing pada 15 Mac 2025. Baginda turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT JUMAAT DI MASJID SULTAN ISKANDAR MERSING
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor pada 14 Mac 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG PENCAPAIAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan.
Apa-apapun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi. Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat...