Pertemuan yang baik bersama YAB Menteri Besar Johor bagi mengikuti rapat perkembangan negeri Johor. Saya sempat meneliti kemajuan agenda utama saya iaitu penambahbaikan silibus pendidikan negeri, infrastruktur dan ekonomi Johor. Saya bangga dengan kemajuan yang dicapai kerana saya telah mencabar diri sendiri dan kerajaan negeri untuk menyempurnakan misi kami serta mencapai sebanyak mungkin dalam tempoh lima tahun.
Matlamat adalah untuk mempertingkatkan pemikiran dan prestasi pegawai-pegawai kerajaan dalam agensi negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Saya memantau kawalan...
SELAMAT HARI VAISAKHI DAN SELAMAT TAHUN BARU TAMIL
Selamat Hari Vaisakhi kepada kaum Sikh dan Selamat Tahun Baru Tamil kepada kaum India.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENYAKSIKAN PERLAWANAN SUKU AKHIR LIGA JUARA-JUARA UEFA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyaksikan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Paris Saint-Germain FC dan Aston Villa di Parc des Princes malam semalam sebagai tetamu khas presiden PSG Nasser Al-Khelaifi.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Pemangku Sultan Johor, Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor, Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kiko Insa, Pengarah Sukan JDT. Allah Peliharakan Sultan.
MELAWAT PUSAT LATIHAN PARIS SAINT-GERMAIN
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dijemput sebagai tetamu khas presiden Paris Saint-Germain FC Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih mereka di Paris semalam dan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA menentang Aston Villa di Parc des Princes malam ini.
PSG Campus yang dibina pada tahun 2024 adalah antara kemudahan fasiliti latihan bola sepak elit paling moden di dunia. Ia berfungsi sebagai pusat latihan setempat untuk pasukan bola sepak dan bola baling PSG, termasuk akademi mereka.
Hadir sama adalah Tim Cahill, Penasihat...
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEPADA YAM TUNKU TUN AMINAH
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor