KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disambut mesra Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia di Muzium Hermitage, St Petersburg pada hari ini (26 Januari).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke Muzium Hermitage, antara yang berprestij di dunia mencerminkan penghormatan tinggi kerajaan Persekutuan Rusia terhadap hubungan persahabatan kedua-dua pemimpin.
Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1755 merupakan antara muzium seni dan kebudayaan terbesar serta tertua di dunia, dengan menempatkan koleksi lebih tiga juta karya seni dan artifak.
Seri...
SOLAT JUMAAT DI MASJID KAMPUNG MAHMOODIAH DAN ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Mahmoodiah pada 23 Januari 2026. Baginda turut berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE-70 DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026M/1447H
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-70 Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2026M/1447H yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada hari ini, 22 Januari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI JENIS BMW 1250RT KEPADA PENGIRING DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi Jenis BMW 1250RT kepada Pengiring Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor pada hari ini, 20 Januari 2026.
Hadir sama adalah YDH IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ketua Polis Negara, YDH CP Gilberd A/K Philip Layang, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dan YDH CP Datuk AB Rahaman Bin Arsad, Ketua Polis Johor. Allah Peliharakan...
LAWATAN RASMI KE SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA UNTUK PROGRAM SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melakukan lawatan rasmi ke Sekolah Kebangsaan Tasek Utara untuk program Sekolah Rintis Bangsa Johor pada hari ini, 20 Januari 2026.
Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) merupakan cetusan ilham DYAM Pemangku Sultan Johor sebagai satu inisiatif pendidikan baharu bagi memperkasa sistem pendidikan negeri dan dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada sesi persekolahan 2025/2026. Program ini melibatkan empat sekolah terpilih iaitu SK Puteri 4, SMK Seri Kota Puteri 2, SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara.
Dalam lawatan...
ISRAK DAN MIKRAJ TAHUN 1447H
Selamat menghayati Israk dan Mikraj tahun 1447H — satu peristiwa yang membuktikan kekuasaan ALLAH SWT.
Sama-sama kita berdoa agar diberikan kesejahteraan dan keselamatan yang berpanjangan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor